Akan datang menemui pelajar-pelajar daerah Pendang, Kedah...
MUQADDIMAH.
Kejayaan serta kecermelangan seseorang pelajar dalam pelajaran bermula dari dua aspek penting iaitu; pertama kesungguhan seseorang pelajar dalam menuntut ilmu; kedua mempunyai disiplin diri yang tinggi. Kedua-dua aspek ini amat penting dalam melahirkan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Di samping itu juga, seorang pelajar perlulah memiliki motivasi diri agar mereka sentiasa istqamah serta belajar secara berterusan. Segala yang dirancang seperti jadual belajar serta didikan di sekolah tidak mencukupi malahan tidak akan kekal lama jika mempunyai disiplin dan motivasi diri yang lemah.
OBJEKTIF:
- Untuk memberi penerapan rohani kepada pelajar-pelajar.
- Untuk meningkatkan semangat para pelajar supaya bijak menghadapi segala permasalahan dalam pelbagai situasi.
- Untuk memberi motivasi kepada para pelajar supaya menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat.
- Bagi menggarap pelajar berketerampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.
- Melatih serta membimbing pelajar menyayangi dan mengenali diri sendiri.
- Mewujudkan semangat setia kawan dalam kehidupan.
- Meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan seterusnya cabaras sebagai seorang remaja.
KUMPULAN SASARAN:
· Pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR & PMR 2011.
CARA PERLAKSANAAN:
Dalam melaksanakan seminar ini, beberapa perancangan dan pendekatan yang bersesuaian akan digunakan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti. Berikut adalah antara pendekatan yang akan digunakan:-
v CERAMAH MOTIVASI
Motivasi merupakan rangsangan dalaman bagi seseorang untuk mencapai apa yang diingini. Dengan mempunyai motivasi dalam diri seseorang, dia mampu untuk melakukan sesuatu secara berterusan sehingga berjaya mencapai matlamatnya. Sebagai pelajar, motivasi sangat penting untuk memastikan mereka belajar secara berterusan dengan memberi fokus sepenuhnya dalam pelajaran. Untuk memiliki daya fokus dan motivasi yang tinggi, para pelajar hendaklah mengetahui serta menguasai cara-cara untuk belajar secara berterusan.
*berdasarkan persetujuan pihak sekolah yang berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan